Kenapa Manusia Mendengar Muzik

               Apa yang menjadi kesukaan atau keasyikkan kepada minda & telinga kamu bila mendengar muzik? Seorang yang tidak minat muzik mungkin hanya mengamati lirik lagu & sedikit melodi yang dapat mereka fahami mengikut budaya. Lagu & muzik nostalgia mungkin dapat mengembalikan memori mereka ke masa silam. Sudah tentu vokal dalam muzik rock itu sangat tidak difahami makcik-pakcik, datuk-nenek atau sesetengah ibu-bapa yang tidak minat muzik rock. Kalau mereka peminat muzik asli maka muzik itu lah yang dapat menghiburkan mereka mengikut keserasian minda. Muzik nyanyian lagu asli atau irama melayu dinyanyikan dengan sebaik mungkin mengikut identiti irama itu. Muzik juga boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui lirik seperti dalam iklan, lagu-lagu berunsur dakwah, kempen perpaduan & pantun nasihat.        

           Bagi seorang peminat muzik tidak kira lah apa jenis muzik yang didengarnya, bunyi alat-alat muzik lah yang menjadi tumpuan kepada pendengarannya. Vocal atau dari term polyphonic ialah voice, satu "line" melody dan ia pelbagai bukan sahaja untuk suara manusia tetapi juga kepada alat muzik yang berbunyi satu melody line. Vokal atau suara dari penyanyi temasuk ke dalam kategori alat-alat muzik sebab vokal mengeluarkan bunyi solo. Dalam erti kata lain solo juga bererti bunyi muzik tanpa iringan atau muzik latar. Dalam sebuah lagu atau susunan muzik terdapat tiga peringkat iaitu :





1.solo - iaitu bunyi utama yang mengalunkan melody utama seperti vocal, flute, violin atau saxophone.

2.middle - bunyi yang mengalunkan note-note harmony seperti chord berbunyi mengikut rentak/rythmn. 

3.bass - bunyi paling bawah sekali seperti bunyi nada paling rendah piano, gitar bass, cello dan tuba.

              Solo dalam bahasa Inggeris ialah 'single' atau 'satu' dalam bahasa latin. Seorang manusia hanya ada satu mulut yang mengeluarkan satu bunyi bukan polyphonic. Kalau manusia ada 4 atau 6 mulut maka kalau setiap satu mulutnya mengeluarkan bunyi dalam note yang berlainan mengikut chord itu dipanggil 'harmony' sama seperti chord yang dibunyikan melalui gitar strum atau bunyi chord diatas keyboard piano. Lihat contoh note di bawah dalam beat 4/4.



Chord
Solo melody

                Begitu juga flute, trumpet dan saxophone yang hanya mengeluarkan satu bunyi alat itu dan dipanggil solo instrument. Sebuah lagu tidak lengkap tanpa bahagian solo kalau hanya ada chord harmony dan rythm.  Gitar atau alat muzik bertali yang lain seperti harp, koto dan rebab boleh diguna untuk memainkan chord atau pun solo. Kita boleh memetik beberapa tali harp menjadi satu bunyi chord harmony atau dipetik satu persatu tali harp untuk solo.   
contoh bunyi note dari pelbagai mulut.
            Bunyi percussion dalam muzik seperti cymbal ialah penyeri, penambah perisa untuk "menyedapkan" bunyi dan juga membantu menanda tempo muzik.  Zaman dahulu kala tidak ada gitar bass. Orang zaman purba mencipta pelbagai gendang dan dibunyikan berganti-ganti antara gendang besar-bunyi rendah, gendang tengah-bunyi pertengahan dan gendang kecil-bunyi pitch paling tinggi. Gendang-gendang yang dipalu bersilih ganti bersama bunyi percussion dari logam tembaga atau besi membentuk rythmn. Riff gitar & rythm irama "blues" dan rock n roll orang Afrika-Amerika diambil dari rythm gendang etnik orang afrika yang dibawa ke Amerika sekitar 400 hingga 200 tahun dulu. Apa bila double bass diperkenalkan pada abad ke 19, rythm gendang ini mula dimainkan pula mengguna alat berbunyi nada paling rendah seperti bass. Lagi satu contoh ialah rentak joget, di mana gitar bass dibunyikan mengikut atau serupa seperti paluan gendang.   

           Walauu pun sekiranya seorang penyanyi tidak menyuarakan lirik dalam nyanyian mereka tetapi mereka dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan kepada para pendengar mengikut jenis-jenis muzik seperti dalam video lagu di bawah. 


       Kalau kamu bukan peminat muzik mungkin kamu hairan kenapa ada orang lebih suka mendengar suara nyanyian tetapi bukan lirik. Vokal dalam muzik Rock aggresive & kasar kadang kadang menjerit. Tetapi bagi penggemar muzik rock bunyi suara sebegitu penting dan sesuai untuk jenis muzik itu. Dalam muzik rock, jeritan mereka selalunya mengikut harmoni atau mengikut note-note yang terdapat dalam scale muzik.

             Kenapa manusia mendengar muzik? Setiap orang menjawab dengan pelbagai jawapan mengikut pengalaman mereka yang berbeza. Ini jawapan yang akan diberi oleh seorang yang bukan pemain muzik tetapi minat dan gemar mendengar muzik di negara barat. Mungkin ada yang mendengar muzik sebagai pengalaman meneroka imaginasi manusia dan ada juga sebagai luahan perasaan. Apa bila kita mendengar muzik mengikut rentak, irama & lirik, kita berasa seperti didalam sebuah cerita yang dikatakan oleh tajuk lagu itu. Sebagai contoh mendengar lagu classical dari alat muzik violin, kita berasa seperti dikeliligi oleh rythmn nya.Kita seperti berada didunia lain, dalam dunia fantasi, seperti dalam mimpi yang indah dunia lanskapnya.


              Terbang di awan biru, di atas hamparan rumput yang luas menghijau di sinari cahaya keemasan sinar matahari sambil bermain-main seperti anak kecil didunia yang cantik ini.Muzik itu seperti bercerita kepada kita sebuah kisah.  Dalam erti kata lain, muzik membawa kita ke dunia mimpi serta menolong memberi kita imaginasi ke hidup yang indah. Kita boleh meluahkan perasaan & fikiran kita melalui muzik. Muzik ialah satu cara yang baik untuk meluah perasaan. Kalau bosan kita boleh mendengar muzik rock yang bertenaga. Bila kita dalam kejayaan kita mainkan muzik untuk merayakan nya. Kita mainkan lagu rentak march untuk menaikkan semangat patriotik. Mendengar lagu irama tempatan, kebudayaan atau lagu rakyat juga mengembalikan emosi & memori kepada masa kecil & tempat asal kita.   
 
 Crazy Saxophone Solo! (crazy = hebat)



            Bagi mereka yang berlatar belakang muzik tidak kira apa jenis semua muzik pun dari folk hingga ke blues, irama tradisional, rock atau R&B mahu pun hip hop, pandangan dan penerimaan mereka terhadap muzik pula berlainan. Mereka lebih gemar mendengar bunyi alat-alat muzik. Ada yang mendengar muzik sebagai sumber ilham & inspirasi muzik mereka. Ada yang gemar bagai mana note-note muzik itu dibunyikan mengikut expresi pemuziknya. Ada yang gemar bunyi alat muzik dimainkan secara kasar atau lembut. Oleh kerana pemuzik kenal akan scale-scale muzik maka mereka lebih terhibur dan faham dengan interpretation yang pemain muzik lain luahkan. Mereka suka mendengar improvisasi yang dibuat oleh pemain kepada alat muzik. Mengagumi kehebatan permainan alat-alat muzik seperti violin, flute gitar, bass, keyboard, drum & percussion walaupun mereka hanya mendengar bunyi muzik. 



Penghayatan mereka lebih mendalam kepada muzik yang tersusun baik daripada pelbagai alat-alat muzik membentuk menjadi satu harmony. Mereka suka mendengar susunan muzik yang dapat mengeluarkan mode berbeza. Pemuzik lebih banyak menghayati alunan irama vocal penyanyi daripada lirik senikata. Pemerhatian & tumpuan kepada pendengaran muzik akan mempengaruhi permainan alat muzik mereka. Pemuzik suka mendengar bunyi drum & percussion yang melengkapkan bunyi muzik. Seorang pemuzik yang bermain alat-alat muzik tertentu mendengar muzik yang ada bunyi-bunyian dari alat muzik kegemaran mereka sebagai sumber idea & hiburan. Dalam persembahan untuk mengiring penyanyi atau alat instrument solo, selalunya pemuzik akan mendengar muzik dari penyanyi asal dulu sebagai panduan untuk latihan dan sterusnya persembahan. Kepada artis & band rakaman sudah tentu mereka mendengar muzik dari punca tertentu sama ada dari barat atau tempatan sebagai panduan & sumber ilham.  Bagaimana pun citarasa pemuzik berbeza kepada genre muzik tertentu mengikut kegemaran mereka.   



Tutup telinga tak minat & tak faham muzik


Mengapa manusia suka mendengar muzik?

Minat manusia kepada muzik sejak sekian lama dahulu telah menyebabkan industri atau perusahaan yang berkaitan dengan muzik berkembang. Muncul sekolah muzik yang mengajar pelajar dalam kesinambungan perkembangan muzik itu sendiri sama seperti bidang lain seperti perdagangan, sains dan pentadbiran yang memerlukan mereka yang berilmu untuk meneruskan perusahaan dan mengembangkan lagi bidang masing – masing.
MEDIA salah satu majalah hiburan Malaysia
Tetapi bidang pembelajaran muzik bukanlah yang menyebabkan industri atau perusahaan hiburan itu berkembang tidak terhenti. Ia adalah dari minat manusia yang berasa seronok dan teruja bila mendengar bunyi – bunyian berirama sejak dari manusia tinggal di dalam gua – gua batu lagi. Kerana hiburan manusia berbelanja berbillion dollar atau apa saja jenis wang negara mereka setiap tahun hanya untuk mendengar muzik dari CD, kaset, internet, radio & TV. Walaupun seseorang itu tidak membeli secara langsung CD, kaset atau download lagu dari internet tetapi dari belanja membeli TV, radio, mp3 player, bayaran bulanan internet, mp3 handphone semata – mata untuk hiburan juga boleh diambil kira sebagai menyumbang kepada industri / perusahaan hiburan.   




Dari pendengar muzik seseorang yang minat muzik itu berkemungkinan besar mempunyai bakat menyanyi dan bermain muzik lalu mahu pula menjadi penghibur. Dari pengamatan dan pemerhatiannya pada muzik kegemaran dia belajar bermain alat muzik sehingga dia mahir boleh menghibur dan merakam lagu. Muzik artis rakaman sudah tentu akan dibeli oleh peminat muzik yang dahagakan hiburan. Peminat muzik akan datang pula kepersembahan artis tersebut melihat mereka bermain.



Ya minat kepada bunyi muzik dan nyanyian lah yang menyebabkan manusia tidak berhenti menyumbang dalam perusahaan hiburan. Seperti orang Indonesia yang minat kepada muzik persembahan artis mereka. Jikalau umat Indonesia tidak minat muzik maka tidak adalah muzik dangdut, pop Indonesia dan sebagainya. Kalau orang tidak mendengar muzik maka sia – sia wang dibelanja untuk membuat hiburan TV dan radio oleh syarikat TV dan pemerintah. Jikalau umat Indonesia tidak terhibur mendengar muzik India yang dibawa para pedagang dari benua India di zaman dahulu tidak lah ada muzik Gamelan yang umat nusantara nikmati hari ini.

Rhoma Irama
Mengapa muzik sangat menyeronokkan dan mengasyikkan kepada otak manusia?
Mengapa manusia sangat terhibur dengan TV music, artis dan selebriti?



Jawapannya rupanya sama seperti soalan kenapa kita cinta atau suka makanan yang terhidang dengan garam dan lemak: hiburan termasuk dalam aspek dari evolusi mental dan warisan. Hiburan kontemporari terbina pada beberapa pemprosesan neural otak, dan hasilnya muzik menjadi seperti makanan kegemaran kita.

Itu tidak bererti 25,000 tahun dahulu keturunan moyang kita yang duduk mengelilingi unggun api berfikir ‘’ini sangat membosankan, saya berharap saya ada flat screen TV.’’
Tetapi sangat tepat dikatakan mereka mula bercakap mengenai sesuatu cerita. Daripada penceritaan cerita sesama mereka diwaktu malam menjadi hiburan malam orang zaman purba. Hari ini hiburan mendengar cerita itu sudah diganti dengan cerita drama TV dan filem. Lagi pun tidak ada antropologis yang pernah menyatakan tidak pernah ada budaya dalam dunia ini yang tidak bercerita mengenai mitos atau apa saja cerita.
Sebuah telenovela dari Colombia di TV3 Malaysia
Dari aspek music pula ia sama seperti kita memahami cerita. Evolusi menyebabkan perkembangan sebahagian proses neuron dalam otak kita untuk menerima bunyi menjadi satu irama atau rentak yang mengasyikkan. Apa bila kita mendengar muzik dan melihat orang menari kita seperti mahu menari sama seperti kita melihat sebuah cerita drama kita menjadi terhibur dan terikut atau seperti berada dalam cerita itu. 
Pusat pengeluaran dopamine dalam otak manusia

Otak seorang peminat lagu pop Indonesia contohnya yang sedang mendengar muzik itu akan mengeluarkan dadah dopamine satu bahan kimia yang menyebabkan kita berasa senang. (Otak manusia termasuk otak kau juga mengeluarkan berlainan jenis bahan kimia semasa perubahan badan manusia semasa kemalangan, sedih, gembira stress, juga pengeluaran hormone).

Dopamine yang mengeluarkan perasaan ''senang'' atau ''syok'' mungkin antara sebab kenapa muzik menjadi bahagian yang sangat besar dalam sepanjang sejarah perkembangan manusia termasuk keturunan kau dan juga kau sendiri.

Manusia suka muzik sama juga seperti manusia terdorong untuk memakan makanan lazat, sex, judi dan dadah. Menurut satu hasil penyelidikan. Apa bila kau dengar muzik yang menyeronokkan kau, otak kau akan mengeluarkan sejenis dadah dopamine yang menyebabkan kau rasa bermotivasi dan ketagih. Oh, ini bukan dadah yang disalah guna diambil masuk kedalam badan kau tetapi bahan kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak semua manusia termasuk kau sendiri. 

Perjalanan bahan kimia itu ke seluruh otak

Walaupun hanya menjangkakan bunyi dari seruling bambu atau yang atau sebuah lagu pop Indonesia pun boleh dirasakan bahan kimia ‘’rasa senang’’ itu mengalir, didapati dalam kajian, yang untuk membuat satu link konkrit antara pembebasan dopamin dan keseronokan muzik.

Penemuan menawarkan penjelasan biologi mengapa muzik telah sebahagian besar daripada acara utama emosi dalam budaya di seluruh dunia sejak awal sejarah manusia. Melalui muzik, kajian itu juga menawarkan maklumat baru ke dalam bagaimana sistem keseronokan manusia berfungsi.

"Anda mengikuti ini lagu-lagu dan menjangkakan apa yang akan untuk datang akan datang dan sama ada ia yang akan untuk mengesahkan atau mengejutkan anda, dan semua ini nuansa sedikit kognitif adalah apa yang memberi anda ini keseronokan yang menakjubkan," kata Valorie Salimpoor, satu neuroscientist di McGill University di Montreal. "Tetulang atau ganjaran yang berlaku hampir keseluruhannya kerana dopamin."

Dopamine adalah molekul yang menyegarkan penyesuaian ganjaran yang menjadikan haiwan mahu mencari makan sebelum lapar. Ia apa yang menjadikannya mustahil bagi sesetengah orang melepaskan makanan kegemarannya. 
Adrenaline dan dopmine setelah kepuasan menaiki roller coaster

Yah mustahil jika seorang manusia itu tidak ada muzik kegemarannya sendiri.seperti seorang budak remaja yang gemar pada lagu masa kini atau pak cik makcik yang gemar pada muzik lagu lama seperti muzik P.Ramlee.  Seperti yang kita tahu terdapat beribu – ribu jenis muzik di seluruh dunia.

Nah, kalau kamu sudah terbaca rencana ini kamu akan beranggapan pula orang yang mendengar muzik itu ‘’dopamine’’, sila betulkan tanggapan itu sebab otak dalam diri anda sendiri juga mengeluarkan dopamine apa bila mendengar lagu kesukaan kamu. Bukan saja itu, bahkan dopamine mengalir keluar dari otak apa bila kamu melihat makanan kegemaran kamu menyebabkan kamu terasa seperti mesti memakan makanan itu. Janganlah pula kamu tidak mahu mendengar muzik kesukaan kamu lagi bila sudah tahu apa itu dopamine sebab itu ialah bahan semulajadi dari otak ciptaan tuhan dalam badan kamu sendiri. Seperti yang telah ditulis sebelumnya banyak lagi dadah atau lebih tepat bahan semulajadi seperti hormone yang dikeluarkan otak kamu contohnya semasa kamu mencapai puberty yang menggalakkan perubahan betuk badan remaja, hormone semasa mengandung dan juga adrenaline semasa kita bersukan atau melakukan kerja dan aktiviti lasak.
Ya banyak lagi bahan kimia semulajadi.   
Gambarajah dopamine

Dopamine menyebabkan seorang itu berasa senang bila mendengar muzik apa lagi kalau muzik itu kegemarannya. Keinginan manusia untuk berhibur ialah untuk kesenangan hati.
Keasyikkan bunyi muzik dapat menghindar stress dan tekanan yang dialami manusia setelah sehari suntuk bekerja dipejabat atau tempat kerja lain. Bunyi muzik kesukaan juga dapat menghibur pelajar sekolah yang pulang setelah seharian belajar menelaah pelajaran di sekolah. Muzik dapat menghibur dan menenangkan kepada pemandu dan penumpang yang terperangkap dalam kesesakan trafik jalan raya.  
Tak nak hiburan muzik lagi? Ambil lah ubat naloxone yang menyekat dopamine!

Tapi apakah yang menjadi punca apa bila seseorang itu memaki, mencarut, mengutuk bila dengar muzik bukan kesukaan mereka? Mungkin muzik sebegitu tidak sesuai dengan jiwa mereka. Mungkin muzik sebegitu tidak sesuai dengan budaya mereka dibesarkan. Atau mungkin mereka hanya mengikut saja apa orang lain cakap, kalau orang mencarut, mencaci, mengata dan mengutuk bila bunyi suara muzik bergema.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Process "rakaman" dalam studio di Miami Florida. Dalam gambar band eL & producer.