Ciri-ciri lagu apa menarik hati pendengar

Setiap manusia mempunyai pendapat berbeza mengenai lagu yang menarik hati atau lagu yang sedap didengar.
1.     Kemerduan suara penyanyi. Apa bila sebuah lagu berkumandang, pertama sekali orang akan ambil perhatian ialah suara penyanyi. Kerana suara penyanyi ialah bunyi utama atau ‘leading voice’ dalam sebuah lagu. Suara yang merdu akan memikat hati kebanyakkan orang terutama suara penyanyi perempuan. Bagaimana pun ia terpulang kepada setiap peminat untuk meminati suara penyanyi kegemaran mereka sama ada lunak, merdu, kasar, garau, serak atau menjerit mengikut kesesuaian citarasa peminat mereka sendiri. Suara penyanyi lelaki yang menyanyi lagu berunsur cinta biasanya akan lebih diminati oleh pendengar & peminat perempuan. Begitu juga sebaliknya pada suara penyanyi perempuan yang lebih banyak pendengarnya daripada peminat perempuan & lelaki.         
2.     Lirik atau senikata banyak membantu dalam menarik & menambat hati pendengar untuk mendengar lagu itu berulang kali. Mungkin ada pendengar yang berasa lagu itu mempunyai persamaan dengan kisah hidup para pendengar. Lirik & senikata juga boleh mengembalikan kenangan silam. Senikata yang mengguna bahasa tempatan lebih banyak pendengar kerana mudah difahami & peminat boleh merasa satu kaitan antara lagu itu dan hati mereka. Biasanya lirik berunsur cinta lah yang paling banyak diminati pendengar muzik.       
3.     Chord yang ringkas – Lagu yang mempunyai chord ringkas sebanyak 3 atau 6 chord lebih mudah difahami. Kita ambil contoh muzik punk atau apa saja muzik yang hanya terdapat 3 chord progression. Lagu seperti ini paling senang menarik hati peminat kerana ianya ringkas dan tidak memeningkan kepala pendengar untuk mengikut chord-chord yang susah dan tidak biasa didengar seperti muzik jazz. Dengarkan sahaja lagu Rock n Roll tahun 1950an dan The Beatles juga Beach Boys pada awal 1960an. Chord untuk lagu-lagu mereka sangat ringkas sehingga dengan pantas berjaya menawan hati para pendengar muda pada zaman itu. 
4.     Suara penyanyi tidak terkeluar dari scale muzik atau dalam ertikata lain tidak sumbang. Banyak orang mempunyai tanggapan berbeza mengenai kesesuaian seseorang penyanyi yang menyanyi sumbang. Mengikut standard muzik vokal haruslah mengikut susunan note dalam scale muzik. Contoh “Do Re Mi Fa So La Ti Do” atau kalau minor nya “La Ti Do Re Mi Fa So La”. Scale muzik dicipta oleh para pemuzik sejak zaman-berzaman dan ia berkembang melalui peredaran zaman dan lama kelamaan ia diterima sebagai warisan sesuatu bangsa. Contohnya scale minor-major di Eropah barat yang berbeza dari scale pentatonic diatonic benua China. ‘Sumbang’ atau ‘out of tune’ memberi definisi kepada note tertentu yang tidak mengikut peraturan scale muzik. Bagaimana pun peraturan scale muzik barat menjadi longgar dalam muzik Jazz dimana expressi atau luahan perasaan pemain alat muzik melangkau peraturan sehingga terciptanya “broken key & chord” dalam muzik Jazz. Broken key & chord ialah chord-chord yang kalau dari pandangan seorang pemuzik classical eropah abad ke 17 sebagai “sumbang”. Melody & chord dalam muzik jazz terawal abad ke 19 dimainkan mengikut citarasa pemuzik-pemuzik kulit hitam di Amerika. Sehingga pada tahun 1900- 1920an dengan tersebarnya muzik jazz melalui phonograph, orang kulit putih Amerika mula berminat mendengar & bermain lagu Jazz. Kalau lah ada hidupan lain yang mendengar muzik di sebuah planet nun jauh di angkasa lepas, mereka mungkin mempunyai scale muzik berbeza dari tamadun manusia di bumi. Muzik yang kedengaran biasa dan sedap mereka dengar mungkin teramat buruk & sumbang bagi manusia bumi. Dalam era zaman modern ini scale muzik major-minor eropah lah yang paling banyak digunakan. Tetapi biasanya peminat dikalangan orang muda tidak peduli kalau sekiranya ada sedikit note yang terkeluar dari susunan scale. Kerana ianya adalah satu expressi atau style dari penyanyi itu yang mungkin apabila didengar berulang kali akan diterima sebagai style biasa seperti dalam genre muzik alternative. Muzik melayu biasanya dinyanyikan dalam scale major & minor tetapi dialunkan mengikut irama warisan turun temurun. Untuk sebuah lagu yang boleh menambat & menarik hati lebih ramai peminat maka lagu itu seharusnya mengikut standard scale muzik. (Standard di sini bukan ertinya hi-class tetapi satu ketetapan limit atau had yang telah ditetapkan).
5.     Gaya atau cara penyanyi mengalunkan melody lagu. Orang ramai yang minat mendengar muzik mempunyai minat tersendiri kepada muzik tertentu. Begitu juga kepada suara penyanyi kegemaran mereka. Ada yang suka suara seperti Siti Norhaliza, ada yang suka suara seperti band Metallica, ada yang suka suara bersahaja band Hujan, ada yang suka penyanyi yang mampu mencapai jeritan pitch tertinggi, ada & yang suka suara pitch nada rendah. Untuk pasaran jualan album-album nyanyian, rakaman & terbitan album kena lah mengikut citarasa peminat & pendengar muzik tempatan. Di barat, mereka biasanya suka kepada pemyampaian alunan lagu yang baru & unik. Seperti contoh Kurt Cobain yang penyampaian lagu melalui suaranya lain dari pada penyanyi mainstream pada awal 90an. Setiap penyanyi atau genre muzik mempunyai penggemar & peminat yang tersendiri.      
6.     Susunan muzik. Lagu yang disusun melody nya sebaik mungkin oleh pencipta lagu sehingga melody itu berjaya membelai perasaan pendengar lagu & muzik. Bukan sahaja melody untuk suara penyanyi tetapi juga alat-alat solo yang lain.  
7.     Bunyi alat-alat muzik. Untuk lagu irama pop sentimental selalunya alat muzik bersuara merdu diguna sebagai latar belakang senikata berunsur cinta atau kemanusiaan. Kadang-kadang beberapa bunyi alat muzik menambah seri dalam lagu seperti bunyi chord piano, strings, flute, saxophone, gitar dan lain-lain alat yang diguna untuk bermain solo tambahan atau chord sahaja. Gitar distortion yang berbunyi agak lembut juga mungkin dapat menarik peminat muzik rock. Untuk sebuah lagu Rock yang rancak sudah tentu lagu itu dikelilingi oleh gitar iaitu alat paling penting untuk muzik rock. Kesamaan tahap bunyi alat-alat muzik dalam sebuah lagu-maksudnya alat-alat muzik yang dirakam mempunyai tahap / level yang hampir sama. Amat lah janggal sekiranya bunyi rakaman drum tidak kedengaran atau bunyi solo melody tersangat kuat atau pun bunyi chord melebihi alat muzik lain. Begitu juga dengan sound effect alat muzik. Kalau rakaman di tahun 80an reverb paling banyak digunakan, 90an hingga sekarang penggunaan reverb berkurangan sedikit tetapi tidak dalam pertunjukan/persembahan konsert.         
8.     Popularity seorang penyanyi yang terkenal dapat menarik lebih banyak pendengar untuk mendengar lagu mereka dalam album-album mereka yang terkemudian seperti Lady GaGa, Katy Perry atau pun Rihanna. Sebuah band atau artis yang sudah lama terkenal di suatu waktu dahulu juga boleh menarik peminat lama mereka untuk mendengar lagu ciptaan baru dalam album terbaru mereka.  
9.     Kekerapan disiar dalam radio & tv. Untuk sebuah lagu sampai kepada orang ramai, media diguna sebagai publicity akan kehadiran artis juga lagu mereka kepada orang ramai. Sekiranya sebuah lagu itu kerap disiarkan, ia mungkin dapat menarik lebih ramai pendengar. Contohnya di Amerika pada tahun 1950an Deejay radio telah dibayar oleh producer record untuk kerap memainkan artis-artis rock n roll mereka. Video clip di TV paling berkesan untuk promosi lagu-lagu terbaru. Seperti MTV – Music TeleVision – siaran TV pertama di dunia khusus untuk program muzik yang keudara sejak tahun 1980 telah banyak mempromosi popularity lagu, muzik & artis barat. 
10. Idea & inspirasi. Dalam penerbitan & rakaman lagu biasanya penerbit & artis akan mengambil beberapa idea dari band/artis lain. Kadang-kadang lagu yang menjadi ‘hit’ akan menjadi sumber inspirasi & trend kepada penerbit/artis lain untuk di ikuti. Seperti contoh Elvis Presley, Chuck Berry, Led Zeppelin, Micheal Jackson, Nirvana dan banyak lagi.  Selepas kemunculan mereka, ia menjadi trend pula kepada band-band dan artis baru di barat untuk merakam lagu dalam gaya muzik seperti artis pujaan mereka. Begitu juga penerbit/artis tempatan dari dahulu hingga lah ke hari ini. Walaupun mereka mempunyai idea-idea kreatif tersendiri, sedikit inspirasi & idea dari sumber lain dapat menolong menghasilkan muzik yang bermutu. Kita tidak dapat lari daripada mengikut trend yang dimulakan oleh artis barat kerana golongan muda yang juga peminat muzik barat akan dapat merasa kaitan & persamaan apabila mendengar muzik tempatan berunsur barat sekaligus dapat menarik pendengar baru.

Susunan bahagian lagu.

Biasanya perjalanan sebuah lagu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

1.Intro – solo atau chord dari alat muzik
2.verse – rangkap pertama  
3.bridge
4.verse – rangkap kedua
5.bridge
6.chorus
7.solo – bahagian untuk alat muzik solo
8.verse – rangkap ketiga
9.bridge
10.chorus -