Pengaruh irama rock sudah lama bertapak dalam hati orang Melayu sejak kemunculan Elvis dengan genre muzik Rock n Roll pada tahun 1950an. Rock n Roll pada masa itu ialah muzik yang terbaru untuk anak anak muda. Pengaruh Rock n Roll juga melanda sebahagian besar generasi muda dunia pada era itu. Rock n Roll ini ialah evolusi muzik dari zaman big band swing jazz blues & country Amerika.             

"Rock" dalam bahasa English bererti "To move back and forth or from side to side, especially gently or rhythmically".ertinya bergerak depan & belakang atau bergoyang rancak mengikut irama & rentak. Seperti kerusi hayun atau pokok yang bergerak di tiup angin. Dalam istilah lain Rock juga bermakna muzik rancak tidak kira lah apa jenis muzik itu. Orang barat suka memanggil irama rancak sebagai "Rock". Dalam istilah modern, muzik Rock ialah muzik keras & rancak yang dimainkan oleh sekumpulan pemain alat muzik terdiri dari vocal, gitar, bass drum dan keyboard. Ada juga lagu berbunyi keras ini dimainkan dalam rentak slow dan perlahan. Ia dipanggil slow rock atau rock ballad.

Awal tahun 1960an muzik Rock n Roll beralih arah kepada muzik yang lebih kepada penggunaan gitar elektrik. Muncul lah band seperti The Beatles, The Shadow, The Ventures, Dick Dale yang mula manjadi idola dan pengaruh kepada generasi baru muda mudi Malaysia. Lagu melayu yang diiringi gitar rancak mula menjadi kegilaan anak anak muda. Dengan teknik permainan alat muzik drum & gitar pemuzik barat digabungkan dengan irama melayu maka ia menjadi identiti muzik pop melayu baru yang dipanggil Pop Yeh Yeh.

Akhir tahun 1960an muzik gitar rancak  mula berubah stail permainan bunyi kepada unsur muzik blues iaitu genre muzik orang keturunan Afrika  di America. Kemunculan band seperti Rolling Stone membawa perubahan kepada muzik rock. Akhir tahun 1960an juga Jimi Hendrix iaitu pemain gitar kulit hitam menjadi popular dengan muzik blues nya yang dimainkan dengan bunyi keras dari gitar elektriknya.     

Awal tahun 1970an muzik pop dan hard rock mula menggantikan irama pop gitar rancak 60an. Muzik rancak dan keras dari band seperti Led Zeppelin, Black Sabbath, Deep Purple & banyak lagi dijual piring hitam LP nya keseluruh dunia. Anak anak muda yang bersekolah pada awal tahun 1970an di Malaysia, Singapura gemar pada muzik baru ini. Ada menubuhkan band kugiran untuk bermain lagu lagu kegemaran mereka dari genre hard rock. Satu band dari Singapura mula muncul membawa genre muzik hard rock mereka menamakan band mereka Sweet Charity.  Mereka bermain muzik hard rock dalam bahasa melayu.

Bagi mereka yang bukan penggemar hard rock, mereka meminati muzik disco, ballad dan R&B dari Amerika atau Eropah. Banyak lah artis tempatan muncul merakam lagu dalam irama irama sedemikian. Akan tetapi bukan bererti mereka melupakan irama melayu. Banyak lagu dirakam dengan menggabungkan irama melayu dengan muzik genre barat. Muzik melayu seperti ini menjadi ikon genre muzik pop melayu. Akhir 1960an & awal 1970an bukan lah zaman pemerintahan muzik hard rock. Lebih banyak orang didunia meminati muzik pop yang tidak menggunakan gitar rancak keras dalam lagu lagu rakaman mereka. Muzik hard rock umpama seperti muzik under ground pada masa itu belum diterima oleh ramai orang. Genre muzik yang sangat ketara diminati pada tahun 1970an ialah era pemerintahan muzik genre disco. Maksud saya ''pemerintahan'' bukan lah muzik itu memerintah tetapi ia muzik yang sangat banyak peminatnya. Disco muzik asal campuran R&B, Jazz, Blues, Funk, Latin diadun mejadi muzik yang sangat menarik untuk didengari.

Muzik punk muncul pada akhir 70an tidak begitu ramai peminatnya di Malaysia. Tetapi ada juga yang meminati muzik ini walaupun muzik itu tidak mendorong anak anak muda Malaysia untuk belajar bermain alat alat muzik untuk bermain muzik genre Punk.               



Child In Time rakaman tahun 1970 oleh Deep Purple        
     
Awal tahun 1980an pemuzik baru di UK mula bermain muzik hasil dari gabungan  Punk, Hard rock 70an, Folk dan Ballad sehingga ia mula menjadi kegilaan anak anak muda di United Kingdom. Muzik ini dipanggil New Wave Of British Heavy Metal. Stail muzik ini kemudian mula menjadi ikutan di Amerika & seluruh dunia. Ini lah genre muzik yang mempamerkan imej rugged berambut panjang dengan muzik yang lebih keras dan bising. Anak anak muda Malaysia juga tidak ketinggalan mula tertarik pada muzik heavy metal ini. Ada yang belajar bermain alat muzik kerana mereka mahu memainkan muzik heavy metal. Kumpulan Search yang muncul dengan album Rock pertama Malaysia pada 1985 bermain muzik genre seperti ini. Rakaman album pertama Search sangat mendapat tempat tempat menarik hati peminat muzik rock yang mahu mendengar muzik itu didalam bahasa melayu. Sebelum itu tidak ada lagi band rock & lagu melayu dinyanyikan dalam muzik rock. Selepas kemunculan band Search banyak lagi band anak muda tempatan diberi peluang merakam lagu genre hard rock & heavy metal.Mereka bermain muzik dan stail permainan band terkenal dari Amerika dan Eropah seperti Van Halen, Deep Purple, Iron Maiden, Dio, Scorpion & banyak lagi lah.            
Oleh kerana selera kebanyakan orang Malaysia yang lebih suka mendengar lagu-lagu rentak perlahan maka terpaksalah kumpulan Rock Malaysia menumpukan kepada rakaman lagu-lagu berentak Slow rock atau ballad untuk menarik lebih ramai pembeli dan peminat. Ini menyebabkan industri rakaman lagu rock tempatan tenat pada 90’an dimana ia mula digantikan pula oleh Rock alternative. Muzik alternative memaparkan imej yang lebih kemas sedikit berambut pendek & muzik nya tidak lah terlalu keras & bingit.  

       Muzik rock ialah muzik yang rancak. Kalau kamu boleh kembali ke zaman permulaan muzik rock dari tahun 50’an dan 60’an dan melihat sendiri depan mata kamu pemuzik-pemuzik yang menjadi perintis kepada muzik terdahulu sehingga berkembang menjadi muzik modern hari ini. Kalau kamu seorang remaja & hidup di tahun 1960’an serta tinggal di Amerika atau Eropah, kamu akan dapat merasa pertukaran genre muzik yang sangat drastic dalam masa 10 tahun (1960 -1970). Dari band The beatles yang mendendangkan lagu-lagu memikat gadis di tahun 1963 beransur-ansur bertukar kepada lagu anti perang, kemanusian & banyak lagi lagu yang tidak berunsur cinta.







Berbalik kita kepada Led Zeppelin yang ditubuhkan pada tahun 1969. Sebelum itu ahli kumpulan itu ialah pemuzik sessionist yang berkerja dalam rakaman studio untuk artis-artis terkenal. Mereka adalah peminat muzik blues Amerika. Mereka mula bermain muzik sezaman dengan The Beatles. Apabila Jimmy Page, John Paul Jones, John Bonham & Robert Plant digabungkan didalam satu kumpulan, muzik mereka sangat keras & memukau seperti raksasa.


Dari sinilah muzik keras Hard rock bermula. Tetapi sebelum mereka memang sudah ada muzik keras hard rock yang lain yang tidak terkenal. Gabungan muzik blues, rock n roll, Celt-folk menjadi insipirasi kepada muzik mereka. Dari inspirasi muzik Led Zeppelin maka timbul & muncul kumpulan hard rock 70an yang semasa mereka remaja & masih bersekolah sangat gemar mendengar lagu-lagu rock 60an. Dari situ rock menjadi bertambah keras dalam persembahan kumpulan T-Rex, Dinosaur, Motorhead & banyak lagi.


Akhir tahun 1970an muzik punk mula mengambil tempat perhatian remaja. Kalau kita mendengar lagu Punk 70an ada terdapat unsur-unsur rock 60an yang dirakam dengan bunyi gitar & pukulan drum era 70an. Pada era awal 1980an satu pergerakan & gelombang genre muzik muncul di UK iaitu "New Wave Of British Heavy Metal Music" iaitu kesinambungan atau sambungan dari muzik hard rock & metal 1970an. Kamu boleh baca perkembangan ini di page "Muzik & Pemuzik"

       Seorang peminat muzik rock, tidak menumpukan perhatian atau minatnya kepada penyanyi & lirik sahaja. Dia lebih suka mendengar keseluruhan rakaman alat-alat muzik yang  berlainan yang disusun menjadi lagu. Muzik rock yang dirakam pada tahun 1970an & 1980an tidak jelas suara & kadang kadang lirik mereka tidak ada makna kerana ia tidak penting, Pendengar lebih suka mendengar bunyi-bunyian alat-alat muzik & melihat persembahan pemuzik bermain alat bunyi muzik seperti gitar, keyboard & drum atau apa-apa sahaja alat muzik.




         Progressive Rock antara genre hard rock awal yang memainkan idea-idea muzik rock kreatif  menggabungkan Jazz, Folk, Funk & Hard Rock. Pada tahun-tahun 1970an & 1980an, muzik Rock yang aggressive & bingit tidak berapa diterima oleh fundmentalist & conservative di barat kerana imej yang tidak baik. Apatah lagi di Malaysia pada tahun 1980an, Rock dianggap budaya kuning yang meruntuhkan akhlak remaja sama seperti tarian Breakdance. Mungkin bagi mereka yang tidak minat atau tidak mengerti muzik susah untuk mereka memahami bunyi-bunyi alatan muzik. Mereka mungkin akan menghina peminat atau pendengar muzik rock sebagai orang gila atau mungkin dikutuk & dimaki sedangkan peminat muzik hanya ingin mendengar muzik sebagai hobi & hiburan. 

       Itu sudah berlalu hampir 25 - 20 tahun dahulu. Kalau masih ada mereka yang seperti itu, mereka mungkin telah ketinggalan zaman kerana masa sekarang ini di barat atau Malaysia, orang dah tak mengutuk muzik rock lagi dah. Diabad milennium baru ini Rock sudah bercambah kepada beberapa cabang yang tak terkira banyaknya. Penerimaan muzik rock di barat dianggap perkara biasa, dari yang ibubapanya sehingga ke anak mereka. Bagi yang pertama kali mendengar atau lagu-lagu rock Led Zeppelin mereka mungkin mencemuh suara & persembahan mereka sebagai pondan & Mak nyah. Tetapi mereka yang berkata demikian mungkin tidak tahu Led Zeppelin menjadi jutawan kerana bakat mereka. Penyanyi Led Zeppelin Robert Plant sahaja nilai hartanah & royaltinya mencecah 80 juta Pound Sterling (RM400 juta ringgit). Muzik Rock berkembang ke hari ini kerana bakat Led Zeppelin. Berjuta-juta pemuzik rock hari ini mendapat inspirasi untuk bermain muzik dari Led Zeppelin atau pun perintis rock walaupun tidak secara langsung. Pedulikan lah orang yang mengutuk itu, kerana mereka sebenarnya tidak pernah melihat pemuzik professional bermain diluar sana. Mereka taksub dengan idola mereka sedangkan idola mereka itu sendiri adalah peminat artis, pemuzik luar negara dahulu & sekarang.


ing-vay mahlm-steen
         
              Yngwie Malmsteen lahir pada tahun 1963. Tahun itu ialah tahun The Beatles mula meningkat popular. Semasa kecil lagi dia sudah mendengar lagu-lagu JS Bach, Beethoven & Paginini yang diputarkan piring hitam oleh ibubapanya. Apabila umur 10 tahun iaitu tahun 1973 dia menubuhkan band muzik bersama rakan-rakan sekolahnya setelah terpengaruh dengan muzik hard rock dari Jimi Hendrix, Deep Purple, Led Zeppelin. Apabila meningkat dewasa Yngwie sudah mahir bermain gitar dan berhasrat untuk ke Amerika. Di akhir tahun 1970an dia mungkin telah mendengar lagu-lagu instrumental petikan gitar ala timur tengah, Latin dan Mediterranean iaitu Al Di Meola pemain gitar dari Amerika yang menjadi inspirasi kepadanya untuk bermain scale harmonic minor & Phrygian ditambah pula dengan muzik classical JS Bach & lain-lain. Semasa di Amerika dia bermain dengan band Steeler dan Alcatrazz. Stail petikan gitar Yngwie yang unik bermain seperti Paganini seorang penggesek violin abad ke 19 yang dikatakan gesekannya “berhantu” (memukau). 



        Walaupun dimasa itu sudah ada pemain gitar yang bermain scale arpeggio, Phrygian & harmonic minor pada tahun 1970an seperti Ritchie Blackmore, Genesis & Van Halen, Yngwie tiba tepat pada masa kebangkitan gelombang baru Heavy Metal tahun awal 1980an. Dalam sekelip mata album Rising Force tahun 1984 telah menjulang namanya sebagai pemain gitar terbaik kerana petikan laju bertenaga & unik (speed, power & unique). Para pemain gitar baru  kemudian mula mahu belajar teknik-teknik & scale muzik classical kerana mahu bermain seperti Yngwie. Joe Satriani pemain & pengajar gitar berkata sebelum Yngwie muncul, Joe Satriani telah cuba mengajar anak muridnya teknik classical tetapi tidak ada yang berminat. Kirk Hammet (Metallica) salah seorang anak murid Joe Satriani. Belajar teknik petikan gitar rock & teknik classical dari Joe Satriani.

Di Malaysia ada juga pemain gitar yang tertarik pada stail permainan Yngwie. Pattern solo petikan gitar yngwie mula ada kedengaran dimainkan dalam rakaman lagu lagu rock melayu pada pertengahan tahun 1980an. Teknik bermain petikan gitar laju seperti yngwie dikira sesuatu yang menakjubkan pada tahun 1980an sehingga banyak pemain gitar mahu bermain petikan gitar yang laju.           




Pengaruh Rock barat kepada pemuzik Malaysia

        Satu contoh bagaimana muzik hard rock mempengaruhi perkembangan muzik di Malaysia ialah Man Kidal. Kita boleh mendengar dalam rakaman album Search “Cinta Buatan Malaysia 1985” dimana gitarnya lebih kepada pengaruh dari Van Halen, Micheal Schenker (Scorpion), Iron Maiden & Deep Purple.





           Didalam rakaman album band Lefthanded tahun 1986 permainannya sudah beralih kepada pengaruh muzik Yngwie.  Pemain drum Yazid dari band Search ialah peminat John Bonham iaitu drummer kepada Led Zeppelin. Amy Search yang semasa remaja nya sering mendengar lagu-lagu dari Rolling Stone, Deep Purple & Led Zeppelin. Hillary guitarist Search, bunyi gitarnya seperti Van Halen & Journey. Sudirman pernah menjemput Hillary dari band Search untuk bermain gitar dalam rakaman album “Kulit” kerana petikannya yang garang seperti Van Halen dalam lagu Beat It Micheal Jackson.  Muzik rock Malaysia pada pertengahan tahun 1980an menampilkan ciri-ciri kebaratan tanpa irama kemelayuan kecuali ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun sebelum gelombang rock melanda Malaysia ada terdapat beberapa lagu yang ada unsur-unsur kemelayuan dalam album Sweet Charity & Search (Cinta Buatan Malaysia). Ini adalah kerana muzik rock yang masih baru pada masa itu dan juga untuk memikat citarasa pendengar muzik tempatan dan juga berkaitan dengan pasaran tempatan. Memang tidak dapat dinafikan lagi remaja Malaysia terutama para pendengar lagu Melayu sudah bosan pada masa itu mendengar lagu-lagu pop sentimental  atau irama tempatan. Mereka beralih kepada muzik Rock barat yang rancak & segar sama juga seperti remaja di tahun 1990an yang mahu beralih mendengar muzik baru alternative atau Muzik Indie. Bagaimana pun oleh kerana orang Malaysia sangat gemar kepada muzik rentak perlahan maka kebanyakan band Rock Malaysia hanya dapat naik terkenal dengan lagu-lagu "slow rock". Ini dapat kita lihat sendiri dari persembahan seperti "Juara-juara lagu TV3" & persembahan muzik di RTM akhir 80an & awal 90an". Tetapi tidak kepada peminat & pemuzik rock yang serius di seluruh Malaysia, mereka lebih suka mendengar lagu-lagu rancak irama Rock & Metal. "Slow Rock" dalam erti yang sebenarnya ialah rentak drum atau beat 3/4 seperti rentak drum dalam lagu Unchained Melody. Tetapi oleh kerana terdapat juga lagu Rock berbunyi gitar distortion dalam irama & rentak yang perlahan maka terma atau panggilan "slow rock" diguna pakai oleh orang ramai. Kalau di Amerika lagu rock rentak perlahan dipanggil "Rock Ballad".  


           Walaupun irama hard rock, metal, glam rock, progressive rock & punk rock sudah lama digemari para pendengar muda Malaysia semenjak tahun 1970an lagi, tidak ada satu band tempatan yang ada merakam lagu irama tersebut di Malaysia. Kecuali Sweet Charity yang berasal dari Singapura & beberapa band dari Indonesia seperti God Bless. Kalau ada pun pemuzik rock mereka hanya bermain di pentas awam atau kelab juga merakam lagu dalam genre berlainan. Syarikat rakaman tempatan tahun 1970an & 1980an juga tidak berani untuk menerbit lagu berentak irama rock yang aggresive kerana pasaran & penerimaan penduduk Malaysia yang lebih suka mendengar muzik pop, sentimental & irama Melayu. Oleh kerana tidak banyak album muzik rock apa lagi lagu-lagu heavy metal berbahasa melayu maka remaja Malaysia telah menubuhkan band mereka sendiri yang berpandukan kepada muzik rock barat dengan berharap suatu hari nanti mereka dapat merakam lagu rock dalam bahasa Melayu.




      Tahun 90an pula band Malaysia OAG mendapat inspirasi dari Oasis band alternative British yang bermain muzik ala The Beatles. Begitu juga dengan pemuzik alternative tempatan mereka bermain, mencipta lagu & merakam lagu sendiri berpandukan pengaruh & inspirasi muzik alternative barat.
        
        Dari manakah datang nya muzik alternative? Ia adalah muzik underground & indie yang bukan dari aliran perdana atau mainstream. Di namakan alternative kerana ia genre muzik yang berlainan dari muzik pop & rock popular dan sebagai satu bentuk hiburan lain kepada mereka yang mahu beralih daripada muzik tahun 80an. Muzik alternative terdiri dari berbagai-bagai genre seperti Punk, Ska, folk, rock, pop dan lain-lain muzik yang dianggap aneh & baru.

     Bagaimana pula dengan lagu Pop tempatan? Irama mereka tidak sama dengan muzik Rock barat! Ya memang tidak sama kerana mereka mendapat pengaruh menerusi lagu-lagu Pop barat.
Mereka yang bermain muzik dan menggubah lagu untuk rakaman lagu artis-artis tempatan adalah peminat lagu-lagu barat. Untuk menerbitkan lagu berentak modern maka unsur-unsur barat tidak dapat dinafikan untuk dimasukkan & digabungkan dengan irama muzik tempatan kedalam produk mereka yang sesuai dengan orang muda pada zaman tersebut yang mengikut trend muzik atau feshen dari barat. Bukan sahaja pada tahun-tahun 60an atau 70an malahan juga pada dekad 80an, 90an dan abad millennium 2000 - 2011. Muzik tempatan akan sentiasa mengikut perkembangan trend dari barat.   



       Memang ada juga pemuzik di Malaysia yang jarang mendengar muzik Rock & Pop barat atau sangat sedikit pengaruh Rock barat keatas permainan muzik mereka. Mereka hanya mendengar lagu-lagu penyanyi & pemuzik tempatan atau lagu dari pemuzik/penyanyi negera seberang akan tetapi idola atau penyanyi & pemuzik yang mereka minati itu juga mendapat pengaruh dari muzik barat.
      
       Rencana tulisan ini bukan untuk merendahkan martabat pemuzik Malaysia tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa muzik barat yang memungkinkan kemunculan pemuzik-pemuzik tempatan. Bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia mendapat tempias dari muzik barat. Ada orang berpendapat muzik barat seperti Pop, Rock, Rap & R&B tidak baik. Ada yang tidak minat muzik barat kerana bahasanya tidak difahami, apa lagi kalau muzik itu sendiri mereka tidak faham & minat. Muzik bukan kepunyaan seorang individu sahaja tetapi adalah kepunyaan semua 6 billion penduduk dunia yang menggemari muzik tak kira lah apa jenis muzik pun disemua 195 negara dalam dunia. Memaang tidak dinafikan muzik rock barat kadangkala membawa unsur negative yang tidak baik kepada orang Malaysia. Tetapi itu semua tertakluk kepada peraturan larangan penjualan & larangan menyiarkan lagu lagu yang berunsur tidak baik di Malaysia. Tetapi bukan semuanya lagu dari barat itu berunsur tidak baik. Orang Melayu mengambil perkara yang baik seperti teknik permainan bermain muzik rock untuk bermain muzik mengikut citarasa orang Malaysia dan membuang serta tidak mengikuti unsur unsur yang tidak baik.      












-->